Namun, ada pihak tertentu mendakwa beliau seorang diktator.
Dalam blognya, beliau pengunjung-pengunjung blognya agar memberikan pandangan
apa yang telah beliau lakukan sehingga ada pihak melabelnya seorang diktator.
Berikut adalah pendapat/pandangan dari penganalisis di Malaysia
berhubung dakwaan itu:
Bagi penganalisis, Dr Mahathir boleh dianggap sebagai 'diktator
terpimpin'. Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi
Hassan berkata, reaksi sesetengah pihak yang melabel dan mendakwa Dr Mahathir
sebagai diktator adalah sesuatu yang berat.Ini kerana, jika tiada kepimpinan
diktator seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, negara pasti
berlaku kacau-bilau kerana semua pihak meminta hak dan mengutamakan kepentingan
sendiri.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains
Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan Dr
Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh diktator. Ini bermaksud, Dr
Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan kepimpinan diktator.
Contoh pertama ialah tindakannya yang
telah menahan 106 orang termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selain
itu, apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang
mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah
dicampuri Dr Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti
pembangkang semasa pemerintahannya.
No comments:
Post a Comment