Difahamkan
senarai syarikat tersebut tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan
untuk membantu orang ramai supaya lebih berjaga-jaga.
Senarai yang
disiarkan dalam laman web (www.bnm.gov.my) merangkumi syarikat yang beroperasi
tanpa lesen (38), terlibat dalam pelaburan emas (22) dan perdagangan mata wang
asing atau lebih dikenali sebagai forex (17).
"Senarai
itu akan dikemaskini setiap masa," kata Bank Negara dalam satu kenyataan.
Orang ramai
dinasihatkan supaya waspada dengan syarikat dan individu yang menyalahgunakan
surat perakuan dari Bank Negara untuk mendapatkan pelaburan.
"Surat
tersebut bukan lesen perniagaan atau kelulusan daripada Bank Negara Malaysia
berhubung dengan perniagaan terjadual," katanya.
Di bawah Akta
Bank dan Institusi-Institusi Kewangan, sesebuah syarikat yang menjalankan sama
ada aktiviti pemajakan, pemfaktoran, kewangan pembangunan atau kredit bangunan
hanya diperlukan untuk mendapatkan perakuan bertulis daripada Bank Negara
Malaysia.
Surat itu
dikeluarkan untuk tujuan perangkaan semata-mata dan akan ditarik balik
sekiranya sesebuah institusi terjadual tidak, atau berhenti daripada
menjalankan perniagaan terjadualnya, kata Bank Negara.
Bank Negara
turut mengingatkan sesiapa yang berurusan dengan syarikat haram itu tidak
dilindungi di bawah undang-undang tersebut.
"Orang
ramai yang terlibat dengan aktiviti kewangan secara haram juga boleh didakwa
kerana bersubahat dengan syarikat tersebut," katanya.
Bank Negara
menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung urus niaga atau
aktiviti secara haram dan mencurigakan itu supaya menghubungi talian 1-300-88-5465
atau emel bnmtelelink@bnm.gov.my.
Orang ramai
perlu berhubung segera dengan Bank Negara sekiranya mereka mengesyaki
penyalahgunaan lesen Bank Negara, nama dan jawatan pegawai kanannya dalam
perkhidmatan kewangan atau perniagaan forex.
Menurut sumber
Bank Negara, orang ramai perlu menghubungi Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia untuk mengesahkan status syarikat yang menawarkan pelaburan
kepada mereka.
Berikut sedikit info mengenai syarikat-syarikat yang terbabit:
Sumber: (http://gengsilver.com/)
Berikut sedikit info mengenai syarikat-syarikat yang terbabit:
Sumber: (http://gengsilver.com/)
No comments:
Post a Comment