JOHOR BAHARU:
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agama Islam tidak seharusnya dipolitikkan
oleh mana-mana pihak di negara ini.
Sebaliknya,
kata Perdana Menteri, agama Islam seharusnya diletakkan di tempat yang paling
tinggi, sekali gus banyak permasalahan yang membelenggu umat Islam pada masa
kini dapat diatasi.
"Jika
politik mengatasi Islam dan diletakkan lebih tinggi maka banyak permasalahan
menghantui umat Islam dan menyebabkan perpecahan yang kini telah jadi punca
kelemahan umat Islam dan menjadi punca musuh-musuh Islam perlekehkan
Islam," katanya.
Beliau berkata
demikian ketika berucap di majlis tadarus dan khatam al-Quran serta majlis
berbuka puasa di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai di
sini, Isnin.
Majlis turut
dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor
Datuk Abd Ghani Othman dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Najib berkata
kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri sentiasa mengutamakan Islam dalam
mentadbir urus negara dan mengikut landasan serta tuntutan syiar Islam.
"Kita
memajukan pentadbiran negara kita berdasarkan syariah dan itulah tuntutan Islam
kepada kita dan antara lima perkara yang kita lakukan ialah menjaga Islam,
sebab itulah kita dikenali negara Islam.
"Kita
juga menjaga akidah Islam, jaga akhlak Islam, meningkatkan syiar Islam,
menyediakan prasarana Islam, perundangan Islam dan sebagainya," katanya.
Perdana
Menteri berkata kejayaan kerajaan menguruskan Malaysia dengan baik walaupun
terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran mendapat pengiktirafan negara Islam
yang lain sehingga menjadikan negara ini sebagai model negara Islam yang
berjaya.
Dalam masa
yang sama, katanya kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan kepada rakyat
dan menyalurkan pelbagai jenis bantuan yang tidak dapat diperoleh di mana-mana
negara di dunia ini.
"Malam
tadi (semalam) saya berada di Bachok, Kelantan, rupanyanya ada bantuan yang
saya sendiri tidak tahu iaitu bantuan gangguan binatang buas. Kalau kena patuk
ular boleh dapat bantuan, mana ada kerajaan di dunia berbuat demikian,"
katanya.
"Inilah
kerajaan yang jaga kebajikan kita secara menyeluruh di mana konsepnya kita
hendak Islam dan dalam masa yang sama kita juga mahukan kemajuan serta
pembangunan.
"Kita
tidak mahu Islam dikaitkan kemiskinan, kita tidak mahu Islam dikaitkan dengan
kelemahan dan kita mahu Islam yang dikaitkan dengan gagah serta perkasa kerana
Allah sayangkan orang yang berjaya," katanya.
Dalam majlis
itu, Perdana Menteri turut menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menikmati
hidangan bersama Muhyiddin serta pemimpin parti komponen B Nyang lain.Beliau
selepas itu menunaikan solat Isyak dan Tarawih sebelum berlepas pulang ke Kuala
Lumpur. – BERNAMA/MStar
No comments:
Post a Comment