Menteri
berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menjelang musim perayaan,
peniaga seharusnya lebih bertimbang rasa dan bekerjasama dengan pengguna bagi
kepentingan serta kebaikan bersama.
"Tiada
sebab harga barang perlu dinaikkan. Pengguna juga boleh gunakan kuasa mereka
memulaukan peniaga dan pekedai (yang menaikkan harga barang)," katanya
kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada warga media yang
banyak berjasa dan telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas sama ada di
dalam atau luar negara.
Beliau berkata
KPDNKK telah menggerakkan 60,000 anggota Skuad Rakan Pengguna di seluruh negara
tahun ini bagi memantau aktiviti perniagaan yang tidak beretika pada musim perayaan
Aidilfitri ini.
Seramai 11
warga media yang banyak berjasa dan waris kepada petugas media yang telah
meninggal dunia ketika menjalankan tugas menerima sumbangan Ramadan pada majlis
berbuka puasa KPDNKK bersama media itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment