BENTONG:
Kerajaan negeri Pahang menyambut baik penubuhan Jawatanakuasa khas bagi
mengkaji bayaran hasil petroleum bagi negeri-negeri di Pantai Timur.
Menteri Besar
Datuk Seri Adnan Yaakob berkata penubuhan jawatankuasa tersebut sekaligus boleh
menyelesaikan segala masalah dan kontroversi yang selalu ditimbulkan kerajaan
Kelantan.
"Kita
perlu beri peluang dan masa bagi jawatanakuasa tersebut membuat kajian agar
hasrat murni kerajaan pusat itu diterima dengan baik.
"Saya
akan menghadap Sultan Pahang dalam tempoh terdekat bagi melantik wakil daripada
kerajaan negeri untuk menganggotai jawatankuasa tersebut," katanya kepada
pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas mengenai penubuhan
jawatankuasa itu yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas itu akan
dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad turut
dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar negara dan wakil daripada tiga
kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Jawatankuasa
tersebut akan membuat kajian menyeluruh dalam tempoh enam bulan mengambil kira
semua aspek tuntutan dan membuat syor kepada kerajaan pusat.Terdahulu Adnan
merasmikan upacara pecah tanah Projek Pembangunan Baru Yayasan Maahad Tahfiz
Quran Adnan Yaakob berharga RM2.9 juta dekat sini.
Katanya maahad
itu yang ditubuhkan 10 tahun lalu mempunyai 32 pelajar yang kini menghuni di
bangunan sementara.
Adnan yang
juga penaung yayasan itu berkata bangunan baru setinggi empat tingkat itu
apabila siap kelak, berupaya menempatkan 160 pelajar yang bukan sahaja mahir
dalam bidang keagamaan malah bidang akademik. Ia akan dilengkapi dengan
kemudahan seperti dewan, pejabat, blok asrama dan kelas tahfiz. –BERNAMA/MStar
No comments:
Post a Comment