KUALA LUMPUR:
Insiden mempermainkan gambar pemimpin negara pada malam ambang Merdeka tempoh
hari perlu dinilai oleh kerajaan mengapa ianya berlaku.
Penyelaras
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Abd Razab berkata, apa yang
dilakukan oleh anak muda pada malam itu ada signifikannya yang perlu
difikirkan.
"Kerajaan
perlu fikirkan mengapa mereka bertindak diluar batas seperti itu. Apakah tidak
cukup dengan sekadar laungan dan protes sehingga mereka memijak gambar
pimpinan. Ini yang perlu dinilai oleh kerajaan," katanya.
Katanya,
tindakan memijak gambar itu menggambarkan ekspresi kemarahan anak muda yang
merasakan tuntutan mereka yang tidak dipenuhi oleh kerajaan.
Namun beliau
menegaskan perbuatan tersebut adalah diluar batasan dan ia tidak sepatutnya
berlaku.
"Kita
tidak perlu tunjuk perbuatan seperti itu untuk menyatakan protes kita terhadap
mana-mana pihak. Kita tidak boleh menerima budaya ini sebagai demokrasi
tulen," katanya.
Bagaimanapun
tegasnya, pihak kerajaan perlu bersikap adil dan mengenakan tindakan
undang-undang kepada sesiapa sahaja yang melakukannya.
"Maknanya
sesiapa yang melakukan perbuatan seperti itu harus dikenakan tindakan tidak
kira individu yang menghina pimpinan kerajaan ataupun pimpinan pembangkang.
Kerajaan perlu adil," katanya.
Tambahnya,
jika dibiarkan perbuatan seperti itu terus berleluasa seolah-olah kerajaan
membiarkan demokrasi ini diamalkan secara liar. -Harakahdaily
No comments:
Post a Comment