PETALING JAYA:
Dua Timbalan Menteri mempertahankan pendirian masing-masing agar Seksyen 114A
Akta Keterangan 1950 harus dipinda walaupun mereka dipanggil oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas memberikan kenyataan berbeza
dengna pemimpin lain dalam isu tersebut.
Datuk
Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu telah bertemu dengan Muhyiddin pada Isnin
yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri
Aziz.
Ketika
mengesahkan mengenai pertemuaan tersebut, Nazri berkata ia diadakan bagi
menangani kebimbangan kedua pemimpin berkenaan.
"Ia bukan
satu teguran. Kami tidak seperti pembangkang, dalam Barisan Nasional kami
mengamalkan kebebasan bersuara," katanya pada Selasa.
Nazri berkata
kerajaan telah memutuskan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan
seperti penulis blog dan Centre for Independent Journalism (CIJ) dalam usaha
menjelaskan rasional kerajaan tidak melakukan sebarang perubahan terhadap
Seksyen 114A.
"Saya
akan cuba untuk bertemu dengan mereka secepat mungkin," katanya.
Pindaan,
pewartaan yang berkuat kuasa Julai lalu, membolehkan penerbitan dan pemiliknya
menyiarkan artikel yang menyinggung perasaan di Internet kecuali jika
pemiliknya terbukti melakukan perbuataan tersebut atau sebaliknya.
Menafikan
bahawa mereka dimarahi, kedua-dua timbalan menteri itu menegaskan bahawa apa
jua pendirian mereka keputusan Kabinet akan tetap dipatuhi.
Saifuddin yang
juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, semasa perbincangan itu, beliau
telah menyuarakan kebimbangannya ke atas teks sekyen, kerana beliau menganggap
ia memberi maksud ‘terlalu luas’ terutamanya istilah ‘memudahkan’
"Pendirian
saya dan Nazri dalam isu ini adalah adalah dari dua pandangan yang berbeza.
Saya pula melihat kesannya terhadap transformasi politik ke arah demokrasi
progresif yang matang.
"Di akhir
pertemuaan tersebut, saya menegaskan bahawa kita perlu memindanya.
Bagaimanapun, apabila Kabinet telah memutuskan status quo dan Nazri akan
melihat kepada pendirian pihak yang berkenaan kami akan meninggalkan isu ini
buat sementara waktu," katanya kepada The Star dalam satu pesanan ringkas
yang dikirimkan.
Beliau turut
berkata adalah satu keperluan untuk belajar daripada mereka yang telah melaksanakannya,
sebagai contoh Akta Kebebasan Internet Brazil yang menjamin tiada penapisan
Internet.
Gan yang juga
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata beliau dan partinya (MCA) bimbang
mengenai akta tersebut terutamanya mengenai garis panduan nyata tentang
bagaimana kerajaan merancang untuk menguatkuasakan Seksyen 114A serta apa yang
boleh dan tidak boleh dilakukan.
"Terma
dan syarat yang digunapakai adalah terlalu luas dan umum. Adalah lebih baik
sekiranya garis panduan yang ditetapkan dapat mengurangkan ketakutan orang
ramai bahawa mereka yang tidak bersalah tidak akan didakwa," katanya.
Menurut
beliau, Muhyiddin menerima pendapat mereka dengan baik dan mencadangkan agar
tidak perlu ada pertemuaan seterusnya, sementara Nazri memberi jaminan kepada mereka
bahawa Seksyen 114A dikhaskan untuk menangkap penjenayah siber.
No comments:
Post a Comment