Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber berkata, kedutaan membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.
"Projek
dengan Suaram adalah pada 2010 yang kami telah buat penilaian," katanya
dan menurutnya beliau tidak ingat projek itu berkaitan apa dan "jumlah
(dana) adalah terhad".
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum
persefahaman antara Universiti Malaysia Pahang dan dua syarikat Jerman di sini
Rabu.
Siasatan awal
oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud transaksi dana antara
Suara Inisiatif, yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965, dan Suaram.
SSM telah
dikritik oleh beberapa NGO atas dakwaan gagal bertindak terhadap Suaram yang,
antara lain mengaku menerima dana daripada negara-negara asing.
Kritikan itu
berikutan laporan bahawa Suaram bukan sebuah NGO tetapi sebaliknya adalah
sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd.
Ketika ditanya
sama ada kedutaan itu akan membiayai projek lain Suaram, Duta itu berkata,
kedutaan akan mengkaji mana-mana cadangan "mengikut penilaian kami".
"Kami
juga menyokong Majlis Peguam berhubung hak masyarakat pribumi. Kamilakukannya
setiap masa. Ini adalah sebahagian sistem nilai-nilai kami," katanya. –
BERNAMA/MStar
No comments:
Post a Comment