PAS
beranggapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin tidak diadakan pada November
ini kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat tekanan kuat dari
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Naib Presiden
PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Najib tidak terkesan dengan tekanan
Muhyiddin itu maka PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan.
"Saya
tidak nampak pilihanraya akan diadakan pada waktu terdekat walaupun sejak
kebelakangan ini Najib menimbulkan andaian bahawa beliau akan bubar parlimen
kerana banyak perkara yang menghalang.
"Namun
beliau terpaksa membubarkannya jika Muhyiddin terus melakukan gerakkan untuk
menjatuhkannya sebelum pilihanraya," katanya pada sidang media di Pejabat
Agung PAS pagi ini.
Katanya,
mungkin Najib berpendapat adalah lebih baik beliau jatuh bersama-sama dengan
barisan kabinet Umno pada pilihanraya nanti jika dibandingkan kejatuhan beliau
disebabkan gerakan Muhyiddin tersebut sebelum PRU13.
Tambah Mahfuz
lagi, gerakkan desakan yang dilakukan oleh Muhyiddin itu kemungkinan besar
boleh berlaku kerana beliau sebelum ini juga pernah mendesak mantan Perdana
Menteri Tun Abdullah Badawi sewaktu berada di Singapura agar Abdullah meletak
jawatan dengan segera.
Dalam pada
itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut membuat andaian jika tidak ada sebarang
gerakan dilakukan adalah mustahil pilihanraya diadakan pada tahun ini kerana di
sebabkan oleh faktor musim haji dan juga musim peperiksaan. -Harakahdaily
No comments:
Post a Comment