Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, mati lemas semasa menjalani
latihan di Kem Wataniah Force 136 , Pekan, Pahang
|
KUALA LUMPUR:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa mengakaji semula modul latihan fizikal
terhadap Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ekoran kejadian seorang pegawai
itu meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Pekan, Pahang semalam.
Dalam kejadian
semalam, pegawai tersebut, Aldy Hasmi Abu Hassan, dilaporkan meninggal dunia
ketika menjalani latihan Wataniah.
Kejadian
tersebut berlaku kira-kira dua tahun selepas kematian seorang pelatih PTD
Norhashimah Wahid, ketika menjalani latihan ala-komando.
Pengarah
Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan berulangnya kematian
seorang lagi anggota PTD semalam membangkitkan persoalan adakah pihak JPA
benar-benar belajar daripada tragedi yang lepas dan mengambil tindakan yang
sewajarnya.
"Saya
tidak mempertikaikan perlunya pegawai PTD kita cergas dari segi fizikal dan
mental. Namun
ramai peserta kursus-kursus ini mempersoalkan mengapakah perlu latihan fizikal
yang terlalu mencabar berbanding dengan tugas mereka sebagai PTD,"
katanya.
Difahamkan,
latihan modul komando telah pun diberhentikan dan prosedur operasi diubah
berikutan tragedi yang berlaku terhadap pelatih wanita itu dua tahun lalu.
Berikutan
tragedi yang menimpa Allahyarham Aldy Hasmi semalam pula, Ketua Setiausaha
Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta aktiviti lasak bagi PTD dihentikan
serta-merta.
Menurut Nik
Nazmi yang juga Adun Sri Setia, JPA harus mendedahkan kepada umum sama ada
kedua-dua kes Norhashimah dan Aldy merupakan kemalangan ataupun wujud elemen
kecuaian.
"JPA juga
harus memikirkan semula secara serius dan menyeluruh latihan buat PTD agar
lebih relevan dengan keadaan semasa dan memastikan keselamatan PTD
terpelihara.
"Sekali
lagi ucapan takziah kepada keluarga arwah Aldy Hasmi dan Norhashimah,"
katanya. -Harakahdaily
No comments:
Post a Comment