KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, menyifatkan YouTube sebagai tidak sensitif terhadap kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia masih belum membuang klip filem "Innocence of Muslims" daripada senarainya.
"Itulah bagaimana mereka tidak sensitif," katanya dalam satu
kenyataan pada Isnin.
Rais berkata kebebasan bersuara tidak termasuk menyebabkan atau
menimbulkan kebencian di kalangan umat Islam terhadap orang yang menghina agama
mereka.
Memandangkan bantahan meluas dalam dunia Islam, beliau berkata YouTube
mempunyai setiap sebab untuk mengeluarkan filem anti-Islam daripada senarainya.
"YouTube nampaknya tidak sedar kepada kekacauan yang disebabkannya.
Pemilik YouTube tidak layak untuk dilepaskan daripada kemarahan umat Islam atau
tindakan undang-undang," katanya.
Rais berkata pendakwa raya mempunyai setiap hak mengikut Kanun
Keseksaaan untuk mengheret pihak-pihak yang menyebabkan keadaan tidak harmoni,
perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan
agama antara kumpulan orang-orang yang melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Beliau berkata pihak berkuasa boleh menggunakan kuasanya mengikut Akta
Komunikasi dan Multimedia.
No comments:
Post a Comment