PETALING JAYA:
Kerajaan berharap untuk membina kira-kira 30,000 hingga 50,000 rumah mampu milik
pada tahun hadapan bagi golongan yang berpendapatan sederhana.
Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata pihak
pemaju swasta bekerjasama dengan kerajaan, rumah mampu milik yang berharga
tidak lebih daripada RM300,00 akan dapat dibina.
"Golongan
berpendapatan sederhana yang mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga RM6,000
sebulan hanya mampu untuk membeli rumah seperti ini. Kita merasakan permintaan
untuk rumah sedemikian sangat tingg," katanya selepas merasmikan 'The
Winners Announcement of The Golden Bull Award 2012' di sini, Selasa.
Beliau berkata
demikian ketika diminta mengulas mengenai apa yang beliau mahukan untuk
kementeriannya dalam Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan.
Sambil
mengakui rumah berharga antara RM300,000 hingga RM400,000 adalah agak
‘mustahil’ untuk ditemui di Kuala Lumpur, beliau mencadangkan Syarikat
Perumahan Malaysia Berhad, menggunakan tanah awan untuk membina rumah tersebut.
Chor juga
mencadangkan agar rumah berkenaan didina di lokasi di luar Kuala Lumpur sebagai
contoh di Kajang, Semenyih dan Rawang.
Ditanya sama
ada insentif akan ditawarkan kepada syarikat pemaju yang membina lebih banyak
rumah mampu milik, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri lebih fleksibel
dengan membenarkan pemaju swasta membina rumah yang bernilai tidak lebih
daripada RM200,000.
Beliau berkata
pada ketika ini pemaju hartanah dikehendaki mengikut kuota 30 peratus untuk
membina rumah kos rendah dalam satu projek.
"Pada
tahun 1980 an, permintaan bagi rumah kos rendah adalah tinggi tetapi kini ramai
yang mampu membeli rumah kos sederhana. Pemaju akan menanggung kerugian dan
lebih bersedia untuk membina rumah sedemikian," katanya. -MStar
No comments:
Post a Comment