Beliau berkata parti itu perlu mampu melaksanakan hukum hudud apabila
diberi mandat untuk memerintah kerana ia adalah selaras dengan prinsip-prinsip
demokrasi.
Harun berkata beliau menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik
Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud tidak perlu ditangguhkan kerana ia adalah
satu kewajipan agama dan bukannya pilihan.
Jawatankuasa teknikal Kelantan yang dibentuk untuk membincangkan
pelaksanaan hudud di negeri itu akan mengadakan mesyuarat kedua tidak lama
lagi.
"Kita akan membincangkan terma rujukan serta tindakan yang
dicadangkan dan tindakan susulan," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
tersebut, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata walaupun Kelantan telah meluluskan enakmen itu 19
tahun yang lalu, kerajaan negeri tidak mampu untuk melaksanakannya kerana
bantahan daripada Kerajaan Persekutuan./MStar
No comments:
Post a Comment