Bekas
Perdana Menteri itu berkata sebaliknya golongan tersebut menolak dan menuduh
kerajaan sebagai "penindas".
Sebagai
contoh katanya, apabila mereka dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke
tanah air, mereka menolak kerajaan yang memberi nikmat kepada mereka kononnya
kerajaan tidak adil dan menindas orang lain.
"Kalau
kita bersyukur, akan mendapat banyak lagi nikmat, sebab itu, kita perlu selalu
bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu
berjaya," katanya ketika sesi soal jawab pada majlis sarapan bersama
alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka 1982-1986, di sini, Isnin.
Katanya
ramai dalam kalangan generasi muda juga mudah terpengaruh dengan pihak tertentu
dan gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana.
"Selain
daripada ilmu pengetahuan, apa yang lebih penting ialah nilai moral kerana ilmu
saja tidak akan membentuk mereka menjadi sesuatu yang baik...ilmu tidak
menjamin generasi muda dan akan datang untuk memimpin kemajuan negara,"
katanya.Sehubungan itu katanya pelajar perlu disemai dengan nilai-nilai positif
serta mempelajari sejarah agar mampu mempertahankan diri daripada pengaruh
negatif.
Dr Mahathir
berkata pembangunan dan keharmonian dikecapi hari ini tidak akan kekal jika
rakyat hidup dalam suasana bertelagah dan berpecah-belah.
Keamanan
dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum merupakan anugerah yang tidak
ternilai kerana tidak semua negara menikmatinya, katanya. -BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment