Misbahul
Munir (dua, kanan) menunjukkan nombor khidmat guaman untuk dihubungi.
|
IPOH – Pas
Perak menyediakan khidmat guaman percuma kepada orang ramai yang mahu membela
diri di mahkamah, setelah menerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
di negeri ini.
Timbalan
Pesuruhjayanya, Misbahul Munir Masduki berkata, khidmat guaman yang disediakan
melalui Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pas Negeri itu diharap
dapat membantu orang ramai khususnya mereka yang enggan membayar kompaun yang
dikenakan dan mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Menurutnya,
memang secara dasarnya kita mahu agar rakyat di negeri ini bersuara di mahkamah
bagi menentang pelaksanaan AES ini. Jangan bayar kompaun, sebaliknya cabar
perkara ini di mahkamah.
“Untuk
memudahkan lagi orang ramai mendapatkan khidmat guaman ini, kita juga ada
menyediakan peguam di semua 20 kawasan Pas di seluruh negeri.“Bagaimanapun,
kita hanya menyediakan khidmat guaman sahaja sementara kos-kos lain pula perlu
ditanggung sendiri oleh orang ramai,” katanya padasidang media sempena
mengumumkan khidmat guaman percuma yang disediakan
Pas Perak
bagi membantu orang ramai atau ‘mangsa’ kepada pelaksanaan sistem AES ini.
Hadir
sama, Pengarah Jabatan Undang-Undang dan
Hak Asasi Manusia Pas Negeri, Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Pengarahnya, Mohd
Fitri Asmuni dan Penolong Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Safarizal Mohd Saleh.
Terdahulu,
Misbahul berkata, orang ramai yang berminat menggunakan khidmat guaman yang
disediakan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak Pas di talian
013-3493848 atau datang sendiri ke Pejabat Pas Negeri di sini. -SinarHarian
No comments:
Post a Comment