Pelbagai
pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan aktivis Islam mengecam
kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kelmarin
bahawa kebebasan beragama di negara ini sepatutnya diguna pakai secara sama
rata termasuk orang Melayu.
Antara yang
bangkit bersuara ialah Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia,
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Kelab Tolak Individu Bernama Anwar
Ibrahim, Jalur Tiga, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Lembaga Penasihat
Pelajaran Islam, Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), aktivis Pas dan
bekas aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia.
Mereka juga
meminta pihak berkuasa agama Islam bertindak kerana kenyataan sedemikian
telah menjadi isu dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. –UtusanOnline
No comments:
Post a Comment