TAUFAN SANDY BALASAN TUHAN
NEW YORK 6
Nov. - Tiga pemimpin agama tempatan menyatakan, Taufan Sandy yang melanda
pantai timur Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kemusnahan besar adalah
kesan daripada kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam
kalangan masyarakat di negara ini.
Paderi Luke
Robinson dari Gereja Quinn Chapel AME di Frederick, Maryland berkata, Sandy
melanda New York City selepas Datuk Bandar Michael Bloomberg menyumbang dana
kepada satu kempen di Maryland yang mempertahankan undang-undang perkahwinan
sejenis di negeri itu.
"Bloomberg
telah menyumbang sebanyak AS$250,000 (RM750,000) untuk kempen itu dan datang ke
Maryland untuk membincangkan masalah tersebut.
"Ketika
beliau berada di Maryland, seseorang telah berbisik menyatakan, 'Lebih baik
kamu pulang ke rumah dan membuat bekalan kerana Tuhan sedang memberi
hukuman'," kata Robinson seperti yang dilaporkan akhbar Washington Blade.
Menurut
laporan akhbar tersebut, kenyataan paderi itu dibuat ketika beliau berucap di
hadapan satu perhimpunan yang menentang perkahwinan sejenis di Maryland.
Jelas
Robinson seperti yang dilapor akhbar tersebut, Sandy melanda AS minggu lalu
ketika berakhirnya musim taufan.
"Taufan
itu turut melanda Maryland, tetapi atas kuasa Tuhan, bencana alam itu tidak
mengganas di sini," katanya.
Seorang
lagi ketua agama, Noson Leiter dari pertubuhan Yahudi Torah Jews for Decency
turut menyatakan perkara sama apabila menyifatkan Taufan Sandy sebagai balasan
Tuhan disebabkan undang-undang perkahwinan sejenis yang disokong di New York.
Terdahulu,
seorang lagi paderi, John McTernan di laman webnya mengaitkan Taufan Sandy
dengan amalan LGBT dan pendirian Obama yang menyokong perkahwinan sejenis.
"Tuhan
telah merancang untuk memusnahkan Amerika. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada
negara kita tahun ini," katanya. – AGENSI/UtusanOnline
No comments:
Post a Comment