Tahun 2012
telah melabuhkan tirainya. Pelbagai perubahan telah dilakukan oleh kerajaan dan juga
pembangkang. Berikut pelaksanaan beberapa dasar, program dan peristiwa penting
yang akan berlaku tahun ini.
* Ekoran
pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), pelajar pusat pengajian
tinggi boleh bertanding dalam PRU13
* Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia akan dikuatkuasakan. Ia akan dibawa kepada Kabinet bulan
ini
* Akta
Kebankrapan 1967 mungkin dipinda ekoran permintaan Pemuda Umno pada perhimpunan
tahunan akhir November lalu
* Pembayaraan
BR1M 2.0 mulai bulan depan
* Rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G mulai hari ini
* Rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G mulai hari ini
* Pelaksanaan
gaji minimum di seluruh negara RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung
manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan
* Had usia
persaraan sektor swasta iaitu 60 tahun, dinaikkan dari 55 tahun dikuatkuasakan
mulai 1 Julai
* Insurans bas
sekolah untuk 1.5 juta pelajar sekolah
* Diskaun
bayaran pemprosesan pasport untuk kanak-kanak dan warga tua
* Kerajaan
sedia RM50 juta bagi tempoh empat tahun, bermula tahun ini, bagi persiapan
program Road to Rio - Sukan Olimpik Brazil pada 2016
* Rebat tunai
RM10,000 dan subsidi dua peratus kepada pengusaha bas sekolah untuk pinjaman
penuh menggantikan bas sekolah lama berusia lebih 25 tahun
* Pengagihan
wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100
* Pembinaan
20,000 unit rumah generasi baru Felda
* Pencarum
KWSP dibenar keluar RM3,000 untuk tunai haji
* Bayaran
insentif khas RM200 sebulan kepada 25,708 pegawai dan anggota tentera
* Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi
Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan
holistik perkhidmatan awam negara dijangka membentangkan laporan tahun ini
* Suruhanjaya
Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah,
yang ditubuhkan pada 1 Jun lalu, juga akan mengemukakan laporan
* Jawatankuasa
Khas yang membuat kajian berhubung langkah mengenal pasti negeri-negeri layak
menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung
juga dijangka bentang laporan
* Lebih 90,000
pelajar asing di institusi pengajian tinggi diwajibkan sekurang-kurangnya
menguasai bahasa Melayu untuk berkomunikasi mulai tahun depan
Sumber: Sinar
Harian Online
KD: Azam tahun baru = Positif.
KD: Azam tahun baru = Positif.
No comments:
Post a Comment