KUALA LUMPUR -
Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai negara maju hasil
transformasi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berucap pada
majlis sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka semalam, beliau berkata,
selain transformasi dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kejayaan itu juga dicapai berkat
perpaduan rakyat pelbagai kaum.
Muhyiddin
meminta rakyat Malaysia mengekalkan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan yang
dikecap hari ini sebagai landasan untuk membina kejayaan lebih gemilang di hari
esok.
“Sebaik sahaja
fajar 2013 menyingsing, detik kiraan masa untuk kita mencapai status negara
maju hanya tinggal tujuh tahun saja lagi.
“Insya-ALLAH,
dengan sokongan dan dukungan seluruh rakyat, dengan doa dan keazaman kita untuk
terus mencipta kejayaan demi kejayaan, kita akan melakar masa depan bersama
yang lebih sejahtera di bumi Malaysia yang kita cintai ini,” katanya.
Turut hadir,
isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais, serta
beberapa menteri Kabinet yang lain.
Di hadapan
130,000 pengunjung yang membanjiri Dataran Merdeka, Muhyiddin mendoakan
Malaysia kekal aman dengan rakyat bersatu-padu hidup dalam kemakmuran.
Beliau juga
berharap Malaysia terus kekal menjadi negara yang boleh dibanggakan dan menjadi
contoh kepada negara-negara lain.
“Kita berdoa
supaya 2013 akan melakar sejarah baru yang lebih cemerlang serta gemilang dan
bersama kepimpinan Perdana Menteri, kita akan melayari bahtera negara maju
menjelang 2020.
“Saya doakan
kita terus sejahtera tanpa mengira agama dan keturunan...mengikat perjanjian
untuk sama-sama menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara kita. - Bernama
KD: Rakyat turut sama berdoa agar kemakmuran dan kemajuan Malaysia akan terus berkekalan..
KD: Rakyat turut sama berdoa agar kemakmuran dan kemajuan Malaysia akan terus berkekalan..
No comments:
Post a Comment