SHAH ALAM –
Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada
menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengguguran
itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan
yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana
mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara
nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan
semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua
menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.
Difahamkan,
perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon
yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13
selesai, baru-baru ini.
Menurut
sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM
dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal
saringan.
Berdasarkan
hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak
meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat
yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan
tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi
implikasi kepada parti terbabit.
Ketika
dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd
Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau
sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod
dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang
dihantar parti-parti politik.
Katanya,
parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon
masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut
walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. – Sinar Harian
KD: Pemimpin adalah idola n teladan kepada rakyat. Jika ada yang tidak kena dengan peribadi pemimpin, sewajarnya undurlah diri, sebelum menjadi bualan dan tohmahan.
KD: Pemimpin adalah idola n teladan kepada rakyat. Jika ada yang tidak kena dengan peribadi pemimpin, sewajarnya undurlah diri, sebelum menjadi bualan dan tohmahan.
No comments:
Post a Comment