GEORGE TOWN
- Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin
kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan
Luar, Butterworth Ahad ini.
Ketua Polis
Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berikutan isu itu polis menerima
laporan seorang paderi menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible
melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah
gereja 20 Jan lepas.
"Kita
minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh
mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau
berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan
peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan.
Katanya
siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut
perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mengenai
isu pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah di Jelutong
Khamis lepas, Abdul Rahim berkata polis telahpun merekodkan keterangan 17
individu.
"Kertas
siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan
selanjutnya," katanya.
Beliau
berkata siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa
Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah.
"Setakat
ini polis menerima tujuh laporan mengenai isu itu, iaitu empat daripada pelajar
dan selebihnya daripada orang awam," katanya. - Bernama/Sinar Harian
KD: Kebelakangan ini ramai yang seakan ‘suka-suka’
bermain dengan isu agama yang merupakan sensitiviti rakyat. Dan apabila ada
pihak yang kurang jelas, pasti akan bertindak semberono sekali gus mencetuskan
konflik ataupun kucar-kacir di kalangan masyarakat.
No comments:
Post a Comment