SHAH ALAM -
Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menang dan mengambil alih
Kedah dan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihanraya Umum
ke-13 (PRU13).
Ketua
Kluster Etnik dan Pekerjaan di Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mansor Mohd Nor berkata, bagi mencapai
matlamat itu, BN harus menampilkan calon daripada kalangan muka baru terutama
golongan muda yang memiliki integriti, berakhlak baik, amanah dan adil.
"Ini
beri keyakinan baru kepada pengundi," katanya.
Menurutnya,
PR dijangka masih kekal di Pulau Pinang dan Kelantan kerana pengundi dijangka
akan guna strategi kerusi Dun masih kekal ditadbir pembangkang, manakala di
kerusi Parlimen mereka memilih BN.
Katanya,
melalui Kajian Sosialisasi Politik oleh Majlis Profesor Negara (MPN) sejak Mac
2012 menunjukkan rakyat pelbagai bangsa menyokong BN.
“Dakwaan PR
rakyat pelbagai bangsa di negara ini menyokong mereka adalah tidak tepat. Kajian
kita lakukan, Melayu, India dan Cina masih menyokong BN.
“Cina di
Negeri Sembilan dan Johor menyokong BN kerana mereka tidak terikut-ikut
kumpulan etnik. Rakyat bijak membuat penilaian dan pemilihan parti,” katanya.
Selain itu,
kata Mansor, apa yang penting, setiap parti perlu tahu kenapa rakyat mesti
mengundi mereka dan menegaskan rakyat akan pilih calon boleh bekerja dan
membantu mereka.
Sementara
itu, penganalisis politik, Dr Azmi Hassan juga mempunyai pendapat sama dan
bersetuju BN akan menang pada PRU13 nanti serta memenangi negeri Kedah dan
Selangor.
Katanya, BN
akan menang majoriti kerusi di Dewan Rakyat kerana faktor keadaan semasa dan
masalah pentadbiran di negeri ditadbir PR. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment