Menurutnya,
tanpa berlakunya provokasi serta kempen mengarut Barisan Nasional (BN) melalui
media yang dikawal mereka, himpunan tersebut berjaya mencapai sasaran yang
dikehendaki.
“Semuanya
lancar dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini dan saya rasa
himpunan kali ini amat berjaya malah ramai peserta dapat dihimpunkan bersama
dengan aman,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya,
polis lebih disarankan supaya memberi fokus untuk mengawal kadar jenayah dan
bukannya dipaksa oleh BN untuk berpolitik.
“Mereka
(polis) perlu lebih memberi fokus untuk menjaga keamanan di negara ini dan saya
harap agar mereka tidak lupa akan tujuan asal,” katanya.
Dalam pada
itu, Abdul Aziz berkata, rakyat kini semakin bijak dalam menilai pucuk pimpinan
dan mereka lebih mengetahui perkhidmatan sesebuah pihak tersebut.
Katanya,
jumlah yang hadir pada himpunan menjelaskan rakyat semakin berani pertahankan
hak serta mahukan kerajaan yang adil.– Sinar Harian
No comments:
Post a Comment