IPOH -
Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin ternyata gagal malah penganjur
telah melanggar beberapa syarat yang dipersetujui sebelum ini.
Ketua
Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun berkata, antara syarat yang tidak
dipatuhi itu adalah membawa atau merekrut kanak-kanak bersama mereka menyertai
perhimpunan.
“Sudahlah
syarat mereka langgar malah ada antara mereka membawa pelekat atau sepanduk
menghasut dan ini boleh membawa kepada perpecahan atau permusuhan.
“Bukan itu
sahaja, penganjur gagal mematuhi syarat yang dipersetujui iaitu menetapkan
bilangan peserta tidak lebih 30,000 orang sahaja,” katanya.
Khairul
Azwan menambah, seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman (APA)
2012, memang menjadi satu kesalahan apabila peserta bawa kanak-kanak.
“Memang hak
semua untuk berkumpul di bawah Akta Perhimpunan Awam namun peserta
mengeksploitasikannya malah melanggar perintah untuk tidak membawa kanak-kanak.
“APA 2012 sudah
nyatakan sedemikian namun mereka degil dan ia amat menyedihkan,” katanya.
Katanya,
seharusnya penganjur harus memastikan syarat yang dipersetujui sebelum ini
jalankan dan pelanggaran syarat terbabit nyata tidak menghormati perlembagaan
negara. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment