Bekas Ketua
Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah
salah satu faktor #KL112 berjalan lancar.
Beliau
berkata, undang-undang baru memberi syarat-syarat tertentu untuk dipatuhi dan
pihak polis hanya menjalankan tugas mereka sebagai pemantau keselamatan dan
lalu lintas.
"Jika
sebelum ini sebarang perhimpunan yang ingin diadakan perlu mendapatkan permit
polis. Kini, dalam Akta Perhimpunan Awam 2012, permit polis tidak diperlukan
lagi.
"Walaupun
begitu, syarat-syarat lain yang ditetapkan mesti dipatuhi tidak kira oleh pihak
penganjur mahupun peserta," kata beliau kepada Sinar Harian.
"Polis
hanya menjalankan tugas mengawal keselamatan orang awam dan memastikan lalu
linta berjalan lancar. Sekiranya tidak wujud sebarang provokasi daripada
mana-mana pihak, polis tidak akan melakukan sebarang tindakan," katanya.
Sebelum
ini, Musa mengingatkan pihak penganjur supaya tidak menyerahkan sepenuhnya
kepada pihak polis tugas untuk mengawal keadaan ketika perhimpunan.
Katanya,
hanya dengan mengikut syarat-syarat dan undang-undang di mana kedua-dua pihak,
polis dan peserta bersikap baik, maka sebuah perhimpunan yang aman akan menjadi
realiti.
Ini kali
kedua perhimpunan parti politik yang diadakan di dalam stadium berjalan dengan
lancar. Umno mengadakan perhimpunan ulang tahun penubuhan di Stadium Nasional
Bukit Jalil Mei tahun lalu. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment