GEORGE
TOWN, 4 Feb - Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) minggu
depan di Pulau Pinang, yang akan menampilkan bintang “Oppa Gangnam Style” Psy,
akan menarik pelancong daripada Thailand dan negeri lain, kata ketua menteri
Pulau Pinang.
“Dia pasti
akan menarik banyak pelancong dari Thailand dan negeri lain, Pulau Pinang akan
jadi terkenal,” kata Lim Guan Eng.
Add caption |
Beliau
menambah dengan mengatakan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini di negeri
tersebut akan menjadi lebih meriah dengan persembahan Psy.
“Kali
pertama Psy datang ke Malaysia dan dia datang ke Pulau Pinang, jadi sekali lagi
Pulau Pinang mendahului,” kata beliau.
Lim sekali
lagi mengulangi pendirian mengalu-alukan rakyat Pulau Pinang untuk menghadiri
sambutan tersebut tetapi dengan memakai pakaian warna kuning melambangkan
Bersih, merah untuk Pulau Pinang dan hijau untuk alam sekitar.
“Semua
orang patut menghadiiri sambutan tersebut memandangkan terdapat makanan percuma
dan persembahan percuma untuk semua orag,” tambah beliau lagi.
Sambutan
anjuran BN tersebut dijangkakan menarik hampir 60 ribu penonton.
Penyanyi
sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal
membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi
yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Padang
sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan sekutunya semasa
kempen Pilihan Raya 2008 dan dilihat sebagai tanah keramat tetapi sumber BN
mengatakan telah berlaku “angin perubahan untuk pengundi Cina” sejak dua tahun
lalu.
Sambutan
Tahun Baru BN Pulau Pinang dilihat sebagai dorongan utama untuk undi menjelang
Pilihan Raya 2013. –Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment