SERI
KEMBANGAN: PAS berada dalam tempoh berpantang selama 90 hari sebelum menghadapi
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.
Beliau
berkata, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang
boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13.
"Kalau
orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin.
Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia.
"Jadi
sewaktu berpantang ini, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan,"
katanya.
Beliau
berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama
Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel dekat sini hari ini.
Husam juga
berkata, PAS tidak boleh mengabaikan pengundi-pengundi yang sangat penting
untuk membantu kemenangan parti.
Undi yang
dimaksudkan ialah undi tentera dan peneroka Felda yang sebelum ini berpihak kepada BN.
"Kali
ini kita mensasarkan 45 peratus undi tentera. Kita tak boleh abaikan undi
tentera.
"Begitu
juga undi Felda. Sebab itu kita memberikan fokus khas kepada Felda dengan
program-program yang diatur," katanya di hadapan kira-kira 1,000 jentera
dari setiap negeri yang hadir.
Jentera
yang hadir merupakan wakil dari 60 Parlimen yang disasarkan bertanding pada
PRU13.
Tambah
Husam juga, ahli khususnya jentera harus mendekati pengundi dengan komunikasi
yang paling baik selain menjaga hubungan dengan Allah.
"Dalam
tempoh ini kita mesti berhubung dengan manusia lain dengan komunikasi paling
baik.
"Hubungan
kita dengan Allah juga harus diperbaiki dengan memperbanyak doa dan munajat
kepada Allah," katanya. -Harakahdaily
No comments:
Post a Comment