Kemudahan untuk wanita
KUALA LUMPUR — Hak asasi kaum hawa di Malaysia semakin dihargai. Sejak beberapa tahun
kebelakangan ini negara menyaksikan banyak kemudahan dibangunkan khusus untuk
golongan wanita. Beberapa kemudahan yang tersedia kini termasuk gerabak tren
Komuter khas untuk wanita dan lorong pelanggan khusus untuk kaum hawa di
beberapa pasar raya.
Terkini
ialah tempat parkir yang disediakan hanya untuk wanita di kompleks membeli
belah di Kuala Lumpur.
Keselamatan
Kuala
Lumpur City Centre (KLCC) sedar akan masalah yang dihadapi para pemandu wanita.
Oleh itu KLCC bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan
mengambil langkah menyediakan petak letak kereta khusus untuk kaum wanita di
kawasan parkir kompleks itu.
Meskipun
KLCC bukan kompleks membeli belah pertama yang menyediakan kawasan parkir khas
untuk wanita, usaha itu dilihat cukup murni, memandangkan populariti Suria KLCC
selaku lokasi kegemaran wanita pelbagai usia.
Ketua
Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Berhad, Hashim Wahir, mengakui bukan
mudah untuk menjamin keselamatan pengunjung sepenuhnya, tetapi mereka akan
tetap berusaha menyediakan kemudahan paling praktikal yang mengambil kira
keselamatan wanita.
Petak parkir
"Sebanyak
142 petak parkir wanita ditempatkan di aras P1 berdekatan dengan pintu masuk
eskalator dan lif Suria KLCC," katanya semasa mengumumkan Sistem Panduan
Letak Kereta KLCC itu.
Hashim
berkata zon parkir ini berdekatan dengan laluan masuk melalui terowong bawah
tanah Jalan Tun Razak-Jalan Binjai, terowong bawah tanah Jalan P.Ramlee dan
laluan masuk Jalan Ampang-Persiaran KLCC bagi memudahkan wanita mencari parkir
khas itu.
Kawasan
letak kereta wanita itu juga dilengkapi beberapa ‘Help Points’(panduan) dan
kamera litar tertutup (CCTV). Zon khas itu diterangi lampu secukupnya dan kawalan keselamatan 24 jam.
Setiap
petak khas itu mempunyai lantai berwarna merah jambu dan logo di setiap tiang
berhampiran serta papan tanda di lokasi strategik di aras P1 dan P2 yang
menunjukkan hanya wanita yang boleh meletakkan kenderaan di kawasan itu.
Lampu penunjuk
Hashim berharap
agar pemandu wanita dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahankhas yang disediakan
KLCC itu.
'Ada lampu
penunjuk disediakan untuk memberitahu orang ramai sama ada zon parkir itu penuh atau ada yang belum
diisi," katanya sambil menjelaskan bahawa ia turut memaparkan maklumat
jumlah petak parkir yang masih kosong di setiap pintu masuk.
"Lampu
penunjuk akan berwarna jika petak parkir telah diisi dan petak yang masih
kosong akan ditunjukkan dengan warna hijau. Petak OKU yang kosong pula akan
ditunjukkan dengan warna biru," jelas Hashim. — Bernama/Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment