SHAH ALAM –
Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak dengan kos permohonan kerajaan
Selangor, Menteri Besarnya dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas)
untuk membatalkan saman tuntutan air percuma yang difailkan seramai 711
pengguna di negeri itu.
Saman yang
difailkan kumpulan pertama pengguna air terbabit pada 11 September tahun lalu
itu untuk menuntut tunggakan subsidi air berjumlah RM405,270 di bawah Skim Air
Percuma (SAP) yang dilaksanakan kerajaan negeri bermula 1 Jun 2008.
Hakim Datuk
Hashim Hamzah memutuskan demikian setelah mendengar hujahan kedua-dua belah
pihak.
Sementara
itu, Kamarudin Ahmad dari Tetuan Kamarudin & Partners ketika ditemui
berkata, keputusan tersebut jelas membuktikan tuntutan air percuma oleh
plaintif mempunyai asas dan munasabah.
Menurutnya,
kesemua plantif yang merupakan golongan berpendapatan rendah kecewa dengan
sikap kerajaan negeri yang gagal untuk memberi subsidi air percuma kepada
mereka.
“Biar
tuntutan air percuma ini menjadikan satu kesedaran kepada kerajaan negeri dan
Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghormati, mendengar
rintihan dan suara rakyat Selangor,” ujarnya. - Kosmo Online
No comments:
Post a Comment