The Malaysian Insider difahamkan, perhentian terakhir jelajah perdana
menteri adalah kawasan parlimennya Pekan pada 16 Mac dimana beliau dijangka
akan bertemu dengan Yang Di Pertuan Agong selepas itu untuk membubarkan
parlimen.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kebiasaannya menetapkan tarikh pilihan
raya tiga minggu selepas parlimen dibubarkan, jadi kami jangka paling awal
adalah pertengahan April,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.
Terdapat spekulasi parlimen akan dibubarkan minggu ini dan PRU akan
diadakan pada akhir Mac, lebih lima tahun selepas PRU terdahulu pada 8 Mac,
2008.
Akan tetapi sumber BN menafikan spekulasi tersebut, mengatakan
satu-satunya acara berkaitan pilihan raya minggu ini adalah SPR akan
mengazetkan daftar pemilih terbaru esok.
SPR akan menetapkan tarikh pilihan raya dengan 10 hari tempoh berkempen
dan dijangka akan melakukannya selepas parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
dibubarkan kecuali bagi DUN Sarawak. Sarawak telah mengadakan pilihan raya
negeri pada 2011.
“PM mempunyai masa sehingga 28 April untuk mengadakan pilihan raya.
Beliau akan mengambil masa,” kata sumber tersebut, dengan menambah pemimpin BN
akan menyemak manifesto dan senarai calon dengan berhati-hati untuk memastikan
kombinasi kemenangan.
The Malaysian Insider, sebelum ini, melaporkan manifesto BN akan siap
pada akhir bulan ini dan aktivis dari parti komponen telah mula bekerja di
bawah.
The Star melaporkan semalam Najib mahu “segalanya diselesaikan” pada
akhir Mac, merujuk kepada manifesto, senarai calon dan persediaan umum.
Akhbar berbahasa Inggeris milik MCA itu juga mengatakan Najib menghadapi
kesukaran untuk melantik calon Menteri Besar untuk Kedah dan Selangor yang cuba
dirampas semula BN.
“Tanpa nama calon MB yang dicadangkan sebelum pilihan raya, Najib akan
berdepan kesukaran untuk meyakinkan pengundi bahawa BN serius untuk menawan
kembali negeri itu,” kata satu sumber kepada The Star.
The Malaysian Insider difahamkan senarai menteri besar akan siap akhir
bulan ini selepas Majlis Raja-raja bersidang pada 26 Febuari.
Beberapa menteri besar dijangka akan digugurkan atau dipindahkan ke
peringkat pusat bagi yang telah berkhidmat lebih dari tiga penggal di negeri
mereka.
“Najib serius dengan transformasi, tentang memperbaharui parti, jadi
perlu menukar menteri besar seperti mana Dr Mahathir lakukan pada 1982,” kata
orang kuat Umno kepada The Malaysian Insider merujuk kepada rombakan pemimpin
negeri dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mendapatkan mandat sebagai
perdana menteri pada Pilihan Raya 1982.
Di kalangan menteri besar atau ketua menteri yang mungkin perlu di tukar
adalah dari Johor, Melaka dan Pahang selain dari muka baru di Kedah dan
Selangor.
The Star turut melaporkan beberapa pemimpin BN mengatakan, Najib mahu
menggelakkan tarikh dari 29 Mac hingga 4 April untuk tarikh pilihan raya.
Ini kerana, kata mereka, tarikh tersebut jatuh pada cuti Good Friday pada
29 Mac dan Easter pada 31 Mac manakala Qing Ming pula pada 4 April.
Oleh kerana 4 April jatuh pada hari Khamis, kebanyakan masyarakat Cina
memilih untuk membersihkan kubur nenek moyang mereka sepanjang hujung minggu
iaitu 6 dan 7 April.
“Kebanyakan kaum Cina pulang ke kampung halaman dan pilihan raya pada
minggu tersebut mungkin tidak mendapat sambutan,” kata akhbar tersebut.- The
Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment