Perdana
Menteri berkata BN bukannya mahu kuasa semata-mata, sebaliknya jika diberi
mandat menerajui semula Selangor, parti itu akan melakukan pembangunan yang
selaras dengan kehendak kerajaan pusat supaya rakyat negeri itu tidak
dibelenggu banyak masalah.
"Kita
telah dapat lihat bahawa kalau kerajaan pusat dan negeri tidak datang daripada
parti yang sama terlalu banyak masalah akan berbangkit...masalah-masalah yang
tidak sepatutnya dipolitikkan seperti bekalan air.
"...yang
mana hasrat kerajaan untuk meyediakan bekalan air yang mencukupi melalui projek
Langat 2 sampai sekarang tidak dapat developement order (perintah pembangunan)
daripada kerajaan negeri," katanya dalam program Conversation With The PM
yang disiarkan menerusi TV3 Selasa malam.
Disebabkan
masalah itu, Perdana Menteri berkata kerajaan Pusat terpaksa membelanjakan
RM600 juta dan menambah RM121 juta lagi bagi mencari penyelesaian jangka pendek
untuk rakyat Selangor.
"Kalau
kita tidak buat akan menyusahkan rakyat dan banyak projek pembangunan
tertangguh sekarang ini sebab tiada jaminan bekalan air. Ini menyulitkan rakyat
dan membantutkan proses pembangunan negara," katanya.
Dalam pada
itu, Perdana Menteri berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan
gimik pilihan raya seperti yang digembar-gemburkan pembangkang.
Sebaliknya,
beliau berkata pemberian bantuan berkenaan adalah inisiatif kerajaan bagi
membantu golongan sasar yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah dengan tujuan
untuk mengukuhkan lagi ekonomi mereka.
Najib
berkata sejak kerajaan melancarkan inisiatif membawa balik bakat profesional
tempatan yang kini berada di luar negara menerusi Talent Corporation Malaysia
Berhad, sebanyak 1,600 individu telah pulang untuk bekerja di negara ini bagi
tempoh 2011 dan 2012.
Beliau
berkata jumlah itu jauh lebih tinggi jika dibandingkan dalam tempoh 10 tahun
sebelum ini apabila hanya 1,100 bakat profesional tempatan di luar negara yang
pulang untuk bekerja di Malaysia. BERNAMA/mStar
KD: Rakyat Selangor, sayangilah negeri anda..
No comments:
Post a Comment