KUALA
LUMPUR - Program "1 Million Women Purple Walk" yang sebelum ini
dirancang diadakan pada 10 Mac 2013,
akan diadakan Ahad ini bersamaan 17 Mac 2013.
Ketua
Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata program berjalan kaki anjuran bersama
Kementerian Kewangan itu akan berlangsung serentak di seluruh negara bermula 8
pagi.
Program itu
akan menghimpunkan sejuta wanita bagi menunjukkan solidariti kaum hawa dalam
menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan wanita Malaysia, katanya dalam
kenyataan, di sini hari ini.
Noorul
Ainul berkata, program itu akan turut dimeriahkan dengan penganjuran Karnival
1Million Women Purple Walk di Dataran Putrajaya selama dua hari bermula Sabtu
ini.
"Acara
pameran dan jualan ini memberi peluang kepada usahawan-usahawan khususnya para
wanita, peniaga kecil, persatuan ibu tunggal dan golongan Orang Kelainan Upaya
(OKU) mempamer dan menjual produk serta perkhidmatan mereka dengan harga yang
rendah," katanya.
Beberapa
agensi kerajaan juga akan turut serta bagi membuka peluang kepada orang ramai
untuk mendapatkan khidmat nasihat dan peluang khususnya berkaitan pembangunan
perniagaan, katanya. - Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment