Jalur
Gemilang berkibar di Kampung Tanduo
selepas kawasan itu diisytiharkan bersih
daripada pengganas pada Isnin.
|
LAHAD DATU:
Selepas seminggu Ops Daulat, pasukan keselamatan berjaya membersihkan Kampung
Tanduo daripada pengganas dan menaikkan bendera Malaysia di kawasan itu.
Kira-kira
22 mayat pengganas Sulu dikeluarkan pada Isnin dan dihantar ke Hospital Lahad
Datu dan Hospital Tawau untuk bedah siasat sementara operasi mengeledah bagi
mencari saki baki kumpulan pengganas masih di teruskan.
Mengisytiharkan
operasi mengesan pengganas di Kampung Tanduo telah selesai, Pesuruhjaya Polis
Sabah Datuk Hamza Taib berkata, fokus kini ditumpukan di Kampung Tanjung Batu
dan Kampung Sungai Bilis.
Ketika
ditanya sama ada terdapat sebarang insiden tembakan pada Isnin, beliau
berkata:"Setakat ini, tiada."
Hamza
berkata, pasukan keselamatan kini berada di peringkat akhir untuk membersihkan
perkampungan berdekatan daripada pengganas di mana seramai 2,000 penduduk
ditempatkan sementara di dewan komuniti di Felda Sahabat.
Walaupun
aktiviti harian di Semporna dan Lahad Datu berjalan seperti biasa, beliau
mengingatkan penduduk kampung untuk tidak memasuki Tanjung Batu dan Sungai
Bilis yang masih diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah.
Mengenai
beberapa mayat yang dihantar ke hospital di Lahad Datu (18 mayat) dan Tawau
(empat), Hamza berkata dia tidak dapat mengulas kenyataan seorang pegawai
forensik bahawa salah satu mayat didakwa sebagai Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas
Sulu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram.
"Saya
tidak dapat katakan jika ia adalah mayat Haji Musa kerana mayat tersebut tidak
berpakaian uniform ketika ditemui," katanya.
Difahamkan
Haji Musa merupakan bekas Jeneral Tentera Filipina dan kemudian dilantik
sebagai Komander Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang diasaskan Nur
Misuari.
Penduduk
kampung mendakwa seorang anak lelaki bekas pemimpin politik di Kampung Tanduo
yang terlibat dengan pertikaian tanah dengan Felda berkahwin dengan anak Haji
Musa.
Mereka
berkata, Haji Musa pada era 60-an mempunyai ramai saudara di Sungai Bilis dan
sering memakai uniform brigadier-jeneral 'tentera Sultan Sulu'.
Nasib
Azzimudie, 72, seorang bekas pembantu pegawai daerah Kudat dan turut berkahwin dengan
anak seorang ketua kampung di situ masih tidak diketahui.
Sementara
itu, keluarga Kiram dilaporkan telah meminta bantuan kerajaan Filipina untuk
membincangkan mengenai pengunduran pengikutnya yang menceroboh masuk ke Kampung
Tanduo. -mStar
No comments:
Post a Comment