PUTRAJAYA -
Pelbagai berita baik yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
kepada kakitangan kerajaan sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13
(MAPPA XIII) tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ketua
Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, tanggapan bahawa MAPPA
mempunyai kaitan dengan 'buah tangan' PRU-13 hanya dicetuskan oleh mereka yang
gemar melihat sesuatu daripada aspek negatif.
"MAPPA
adalah satu amalan tahunan yang diadakan dalam perkhidmatan awam dan memang
termasuk dalam jadual kita.
"Dalam
MAPPA ini, kita umum segala pelarasan dan penambahbaikan dari segi
perkhidmatan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis tahunan itu di
sini hari ini.
Beliau
mengulas mengenai tanggapan negatif bahawa pengumuman yang disampaikan Perdana
Menteri itu merupakan 'buah tangan' untuk PRU-13 nanti.
Sementara
itu, Ali berkata, pihaknya juga sedang mengkaji semua 87 elaun yang akan diberi
keutamaan untuk penambahbaikan termasuk skim elaun sara hidup (COLA) kepada
penjawat awam.
"Pada
hujung November atau Disember nanti akan dapat kita umumkan mengenai
perkara-perkara ini," katanya.
Pada masa
sama, beliau berkata, cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan agar mengadakan
skim perumahan khas kepada penjawat awam.
"Antaranya
dengan menggabungkan skim perumahan itu dengan Projek Perumahan Rakyat
1Malaysia (PR1MA) dan menambah kuarters kerajaan di tempat yang
diperlukan," tambahnya.
Jelas
beliau, pada masa kini, ramai penjawat awam terutama pegawai muda yang
berhasrat mempunyai rumah di bandar-bandar besar namun tidak kesampaian
disebabkan harga yang kian meningkat.
Terdahulu,
Ali dalam ucapannya berkata, penjawat awam kini tidak boleh lagi beranggapan
mereka berada dalam zon selesa kerana keadaan itu tidak akan membawa kepada
prestasi cemerlang.
Sehubungan
itu, katanya, penjawat awam perlu mempamerkan sikap tegas, berani, adil dan
sanggup mengambil risiko untuk meneraju sesuatu jabatan ke tahap prestasi lebih
tinggi. - UtusanOnline
No comments:
Post a Comment