87 elaun dikaji semula
Ketua
Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata penambahbaikan itu dijangka
siap sebelum hujung tahun ini dan diumumkan sama ada pada akhir November atau
awal Disember ini.
Syor skim perumahan khas
Selain itu,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat cadangan kepada kerajaan
mewujudkan skim perumahan khas kakitangan awam, terutama generasi muda.
Ramai
penjawat awam yang mahu memiliki rumah di bandar besar tapi tidak kesampaian
kerana kenaikan mendadak harga rumah. Kita akan lihat sama ada skim yang
disyorkan ini boleh digabungkan dengan skim perumahan PR1MA. Kita juga akan
tambah unit kuarters di tempat yang diperlukan, katanya.
Pelarasan gred ATM, PDRM
Sementara
itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, percaya keserataan pangkat dalam
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan
perkhidmatan awam am akan menarik minat lebih ramai menyertai pasukan
keselamatan.
Keserataan
gred jawatan dan gaji ini adalah satu lonjakan drastik untuk ATM serta PDRM dan
kita amat menghormati peranan mereka.
Saya
percaya, inisiatif untuk kakitangan awam am lain juga berupaya menggerakkan
mereka supaya lebih produktif, katanya.
Beliau juga
berterima kasih kepada kerajaan kerana 22 isu berhubung kakitangan awam berjaya
diselesaikan sejak lima tahun lalu.- BHarian
No comments:
Post a Comment