SHAH ALAM -
Kegagalan kerajaan pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor menunaikan harapan rakyat
seperti yang dijanjikan telah membebankan rakyat negeri itu, kata Timbalan
Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamad.
Beliau
berkata, pada masa yang sama tindakan politik yang bercelaru dalam tempoh lima
tahun pakatan itu mentadbir negeri tersebut juga meletakkan masa depan Selangor
berada di satu persimpangan yang cukup kritikal .
Katanya,
rakyat boleh menilai, melihat dan menyemak segala kelemahan kerajaan pakatan
itu terutama dalam menangani isu-isu asas rakyat seperti air, perumahan,
kesejahteraan, sistem penyampaian dan sebagainya.
''Mandat
yang diberikan oleh rakyat Selangor pada 2008 telah diperguna dan digadaikan
untuk kepentingan politik semata-mata,'' kata Koordinator BN Selangor itu
kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UtusanOnline
No comments:
Post a Comment