KLANG -
Kerajaan perlu menjalankan satu kajian menyeluruh termasuk aspek keselamatan
yang menyebabkan berlakunya pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata di
Sabah.
Bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan tersebut adalah
penting bagi mengelakkan kawasan sempadan dan perairan negara daripada terus
dicerobohi pihak luar terutama yang datang dari Filipina.
"Kita
mendapati Sabah mempunyai pantai yang cukup panjang, berliku-liku dan susah
untuk dijaga. Kadangkala bot laju dari Filipina boleh sampai dalam tempoh 15
minit sahaja dan mereka boleh lari bersembunyi dalam hutan bakau sehingga sukar
untuk dikejar.
"Satu
kajian perlu dibuat bagaimana menangani serangan seperti ini yang datang dari
pulau-pulau Filipina. Kita kena ada peruntukan (termasuk penambahan anggota
pasukan keselamatan) untuk mengawasi kawasan perairan di Sabah," katanya.
"Saya
yakin kerajaan akan memiliki cukup wang untuk menambah keperluan yang akan
ditentukan setelah dikaji apa kelemahan menyebabkan serangan Sulu dan jika
perlu, saya yakin kerajaan akan tambah peruntukan pertahanan," katanya.
Sementara
itu, menjawab soalan peserta dalam forum itu, Dr. Mahathir berkata, Barisan
Nasional (BN) tidak perlu melakukan gimik seperti pencerobohan di Lahad Datu
kerana rakyat Sabah sentiasa menyokong kerajaan BN.
Menurut
beliau, BN telah melalui pilihan raya umum sebanyak 12 kali dan tidak pernah menggunakan
cara kotor untuk menang.
"Kita
dipilih oleh rakyat dan BN tidak mendapat sebarang keuntungan atau kerugian
daripada serangan di Sabah. Dakwaan pencerobohan itu gimik politik BN hanya
dibuat oleh orang yang tiada modal untuk berkempen," katanya. -UtusanOnline
No comments:
Post a Comment