KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib
Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan
pegawai polis serta tentera, hari ini.
Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu
bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di
Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.
Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu
sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima
skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.
“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan
tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan sep erti elaun keraian,
kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan
sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,”
katanya semalam.
Sumber itu berkata, pengiktirafan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab
pasukan keselamatan tepat pada masanya memandangkan ada agensi dan jabatan lain
serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terlebih dulu memperoleh manfaat
daripada skim perkhidmatan awam. –BHarian
KD: Semoga ada berita baik untuk yang terlibat..
No comments:
Post a Comment