PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk membuat peraturan
berhubung kerajaan sementara, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau
berkata ini kerana tiada sebarang peruntukan di bawah perlembagaan dan
undang-undang yang membolehkan SPR berbuat demikian.
"Jika
SPR ada peraturan berhubung perkara itu pun, belum tentu lagi mereka akan
patuhinya," katanya ketika mengulas pertanyaan sama ada SPR boleh merangka
peraturan apa yang perlu dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh kerajaan
sementara.
Bagaimanapun,
SPR berpandangan setiap kerajaan negeri dan persekutuan wajar ada peraturan
mengenai kerajaan sementara.Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk
menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.
Dalam
perkembangan lain, SPR menyangkal dakwaan kononnya agensi itu tidak memberi
maklum balas berhubung surat yang dihantar oleh anggota Parlimen Lembah Pantai
Nurul Izzah Anwar, pada 4 Mac lepas berhubung 4,637 pengundi meragukan.
"SPR
setakat pagi ini belum menerima surat yang diperkatakan itu, tak tahulah kalau
lepas ini baru surat itu sampai. Jika surat sudah diterima SPR sudah tentu akan
ambil maklum dan membuat semakan," katanya. - Bernama/mStar
No comments:
Post a Comment