SHAH ALAM:
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada
Khamis membayangkan kemungkinan akan bertanding di kerusi dewan undangan negeri
(DUN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.
"Saya
memang layak untuk bertanding di DUN, tapi perkara ini masih dalam perbincangan
tidak formal," katanya kepada pemberita, di sini.
Dr Wan
Azizah yang ditemui selepas penyampaian sumbangan kepada balu dan keluarga wira
negara yang terkorban di Lahad Datu, ditanya mengenai desas-desus beliau akan
bertanding di DUN pada pilihan raya umum kali ini.
Beliau yang
dikaitkan dengan DUN Sementa dan satu kerusi DUN di Shah Alam juga hanya
tersenyum ketika ditanya mengenai perkara itu.
Pada
pilihan raya umum 2008, Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen
Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon Barisan Nasional
Datuk Pirdaus Ismail.
Beliau
bagaimanapun meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada
suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan
itu.
Sementara
itu pada sidang media berasingan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim menafikan beliau menangguhkan pembubaran DUN Selangor Februari lepas
kerana ditentang beberapa anggota exco dan pemimpin parti.
Sebaliknya
kata beliau perkara itu merupakan strategi parti.
"Kita
ada strategi A, B atau C, seperti juga yang berlaku di DUN Negeri Sembilan yang
dibiarkan terbubar dengan sendirinya, ia sangat mengelirukan," katanya
selepas merasmikan Sistem Aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Abdul
Khalid pada Selasa lepas mengumumkan DUN Selangor akan dibubarkan pada 22 April
depan.
Beliau
sebelum ini pernah mengumumkan untuk membubarkan DUN Selangor selepas sambutan
Cap Goh Mei pada Februari lepas. - BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment