KUALA
LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis memperjelaskan bahawa tarikh
sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan
28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.
Pengerusinya
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh
pada hari Ahad.
Beliau
berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan
terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan
Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
"Perubahan
tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh
bahagian undang-undang suruhanjaya ini," katanya ketika dihubungi Bernama
hari ini.
"Ini
adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada
tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira," katanya.
Sebelum
ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar
sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Bagaimanapun,
tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira
berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya
umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.
Dewan
Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas
tarikh PRU ke-12. - BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment