KUALA LUMPUR - Malaysia dan Filipina bersepakat menganggap pencerobohan kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai pengganas.
Persetujuan
itu dibuat dalam pertemuan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan
Setiausaha Luar Filipina, Albert Fl Del Rosario di sini semalam.
"Malaysia
telah membuat keputusan untuk menganggap kumpulan ini sebagai pengganas selepas
dengan kejadian tersebut dan dipersetujui oleh Rosario," katanya dalam
kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut
beliau, kerajaan Filipina telah memberikan jaminan untuk membawa kumpulan
pengganas dari Sulu ke muka pengadilan, selain mengenakan tindakan
undang-undang yang keras. -UtusanOnline
No comments:
Post a Comment