KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.
Presiden Persatuan
Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di LahadDatu dan berada di
Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokonganmelalui beberapa
kenyataan.
"Jamalul
Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia
tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat
melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau
berkata adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul
Kiram, yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', untuk dibicarakan di mahkamah
negara ini.
Penganalisis
politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnyabersetuju dengan
desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskanundang-undang dikaji
terlebih dahulu.
"Pakar
undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlumain peranan
dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undangantarabangsa
supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat," katanya.
Mahu
tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas PengarahJabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan
itumengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima.
"Tindakan
itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripadaJamalul Kiram,
dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota poliswalaupun pada
hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding," jelasnya.
Dekan Kolej
Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti UtaraMalaysia Profesor
Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed pula berkata dari suduthubungan diplomatik,
kerajaan Malaysia boleh meminta kerajaan Filipinamengekstradisi Jamalul Kiram.
Dalam pada itu,
Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) DatukMohamad Jamil
Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undangantarabangsa dikaji,
terutama yang melibatkan soal ekstradisi.-BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment