KUALA
LUMPUR - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S.
Ambiga diselar kerana tidak konsisten dalam memperjuangkan pilihan raya yang
bebas serta adil kerana terus berdiam diri dalam isu pemilihan Jawatankuasa
Kerja Pusat (CEC) DAP hujung tahun lalu.
Pengerusi
Jawatankuasa Disiplin MIC, Tan Sri K.S. Nijhar berkata, Ambiga memilih untuk
mendiamkan diri apabila berhadapan dalam isu pemilihan CEC itu meskipun didakwa
terdapat kira-kira 700 perwakilan yang dinafikan hak mengundi.
Malah,
tegas beliau, CEC yang berlangsung itu juga mendapat pelbagai aduan seperti
penipuan dalam proses pengundian, manipulasi undi dan perwakilan haram.
"Semua
itu merupakan isu serius yang membabitkan pilihan raya yang adil serta bebas
tetapi Ambiga sebaliknya hanya diam seribu bahasa dalam pemilihan parti DAP
tersebut.
"Sepatutnya,
Ambiga meminta Pertubuhan Pendaftar (ROS) menyiasat dan bertindak untuk
menentang DAP. Sikap tidak konsisten Ambiga itu telah merosakkan
kredibilitinya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Keputusan
pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 itu menyaksikan tiada seorang pun calon
Melayu terpilih tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan
berlaku kesilapan teknikal dalam penjadualan undi dan mengisytiharkan
Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari sebagai salah seorang anggota
CEC.
Insiden itu
membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong
selain beberapa ahli parti bertindak membuat aduan kepada ROS berikutan
kebimbangan mereka terdapat unsur manipulasi dalam keputusan itu.
Mengulas
lanjut lanjut, Nijhar turut memberitahu, beliau menghormati serta mengagumi
mereka yang benar-benar memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bebas.
"Saya
menghormati mana-mana individu memperjuangkan pilihan raya adil dan bebas
tetapi hanya kepada mereka yang tidak memilih bulu," kata beliau lagi. –
Utusan Melayu
No comments:
Post a Comment