KOTA BHARU -
Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam
sebaliknya mahu menjadi kontraktor.
Malah,
Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang
dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
"Di
Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak
memberitahu harga sebenar.
"Tentu
ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum
air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)'. Bukan setakat minum
sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas
melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari
ini.
Nik Abdul
Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di
Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO
tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.
Mengenai
dakwaannya itu, Nik Abdul Aziz dengan angkuh mempertahankannya dengan
menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka
sememangnya tidak akan memperoleh sebarang ganjaran pahala.
Beliau
berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan menolak
Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT.
Dakwaan Nik
Abdul Aziz itu dibidas banyak pihak terutama golongan ulama seperti Mufti
Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia,
Rujhan Abd. Rahman dan Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd.
Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.
Dalam pada
itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN)
demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut. –Utusan Online
KD: Bagaimana pula dengan laporan ini?
No comments:
Post a Comment