Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebenaran berkenaan diberikan kerana
Pas dan DAP mempunyai persefahaman bersama atas konsep resolusi yang disepakati
antara parti dalam pakatan pembangkang.
"Kita
bersedia beri DAP guna lambang Pas kalau DAP tidak diizinkan menggunakan
lambangnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena
pelancaran manifesto PRU-13 pakatan pembangkang khusus untuk negeri ini di
Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang semut di sini malam tadi.
Bagaimanapun
kenyataan tersebut menimbulkan keresahan ahli Pas di peringkat akar umbi malah
bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha secara tegas menyatakan ahli-ahli
parti akan menghukum parti itu pada PRU-13 jika benar keadaan tersebut berlaku.
Bekas
Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa turut bersuara dalam isu berkenaan
dengan meminta Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat pengumuman
secara terbuka supaya semua ahli Pas tahu pendirian mereka terhadap tiga
perkara utama yang menjadi dasar perjuangan Pas sebelum meneruskan hasrat
menggunakan lambang parti tersebut,
Dalam pada
itu, Abdul Hadi menyifatkan Nasharudin sebagai seorang ahli Pas biasa yang
tidak mengikuti perkembangan mengenai isu penggunaan lambang parti tersebut
oleh DAP.
"Dia
lama tidak hadir mesyuarat, tidak ikut perkembangan. Kita anggap beliau seorang
ahli biasa yang tidak ikut perkembangan," katanya.
Sementara
itu, Abdul Hadi mendakwa, pakatan pembangkang telah memuktamadkan 99 peratus
senarai calon yang akan bertanding pada PRU-13. –Utusan Online
No comments:
Post a Comment