MUAR -
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan DAP
menanam rasa kebencian dalam kalangan kaum Cina terhadap Melayu hanya bertujuan
meraih sokongan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau
berkata, taktik kotor itu dilakukan dengan menyatakan orang Cina telah dianiaya
dan tidak mendapat keistimewaan serta hak sama rata seperti dinikmati kaum
Melayu.
"DAP
membakar hati orang Cina kononnya mereka dianiaya, tak dapat apa pun, pelajaran
tidak dibantu atau dibiayai kerajaan tetapi sebenarnya kerajaan sudah beri
macam-macam tetapi DAP mahu tuntut lebih lagi, kalau diberi sesuatu tidak
berterima kasih.
"DAP
bangkitkan kebencian, mereka kata kita menidakkan hak-hak mereka dari segi
bahasa, budaya, agama sedangkan sesungguhnya tiada kerajaan di negara lain yang
memberi wang untuk mengekalkan bahasa, budaya, sekolah untuk orang Cina seperti
yang kita lakukan," katanya pada Program Bicara Perdana bersama Tun Dr.
Mahathir Mohamad di Dataran Tanjung Emas di sini malam tadi.
Dr.
Mahathir berkata, DAP tidak pernah menerima kenyataan bahawa terdapat ramai
orang Cina yang kaya di negara ini berbanding orang Melayu yang tinggi
peratusan kemiskinannya.
Walaupun
terdapat jurang yang luas antara taraf hidup kedua-dua kaum berkenaan, beliau
berkata, orang Melayu tidak pernah bermusuhan atau berasa iri hati dengan
pencapaian kaum Cina terutama dalam bidang perniagaan.
"Ini
berbeza dengan di luar negara yang berlaku permusuhan, yang miskin berpendapat
harus dapat sama seperti yang kaya dan kalau tidak akan dibunuh, ini berlaku di
Rusia dan Eropah tetapi di Malaysia orang Melayu tidak berbuat demikian,"
jelasnya.
Beliau
menambah, jika wujud permusuhan antara Melayu dan Cina, negara ini tidak akan
stabil seterusnya mewujudkan kemusnahan selepas usaha dilakukan kerajaan bagi
membangunkannya sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu.
Menurutnya,
DAP tidak pernah senang dengan perpaduan yang wujud antara tiga kaum terbesar
di negara ini membabitkan Melayu, Cina serta India dan kerana itu mereka
sentiasa berusaha mewujudkan rasa kebencian.
Dr.
Mahathir menegaskan, matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
bergantung kepada keamanan dan tidak bercakaran sesama sendiri.
Jika
berlaku konflik, katanya, Malaysia tidak akan mencapai Wawasan 2020 seperti
yang disasarkan kerajaan.
"Mereka
juga kata sudah 55 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, sudah terlalu lama,
perlu tukar tetapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang sejak 1964 memimpin DAP. Tukar
diri kamu dulu, kita sudah tukar enam kali pemimpin baru boleh jadi macam ini.
''Saya
sepatutnya menjadi Perdana Menteri seumur hidup tetapi saya letak jawatan, kamu
(Kit Siang), Nik Aziz tidak mahu, Anwar (Ibrahim) bagi pula kepada keluarga
lain pimpin parti, awak tak tukar tapi suruh orang tukar," katanya. –
Utusan Online
No comments:
Post a Comment