Oleh
ZULKIFLEE BAKAR
MursyiduL
Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata terus angkuh dalam tindakan
beliau demi menjaga kepentingan politik Pas dan pakatan pembangkang yang turut
disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Ketaksuban
dan sikap fanatik beliau yang cuba menggambarkan hanya Pas sahaja
memperjuangkan Islam dan hanya pakatan pembangkang sahaja yang baik telah
membuktikan Menteri Besar Kelantan semakin meletakkan kepentingan politik
mengatasi segala-galanya.
Tidak cukup
dengan kenyataan sebelum ini bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala
dan usaha UMNO membina masjid tidak memberi apa-apa makna, Nik Abdul Aziz
muncul pula dengan kenyataan jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO
akan menentang Rasulullah.
Demikianlah
angkuhnya Nik Abdul Aziz yang sekali gus menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz
seolah-olah sudah dikuasai oleh politik kebencian yang amat mendalam terhadap
UMNO.
Mungkin
juga semua ini berlaku kerana Nik Abdul Aziz semakin sedar berbanding tahun
2008, populariti Pas semakin merudum dan populariti UMNO semakin meningkat.
Justeru mahu tidak mahu, Nik Abdul Aziz terpaksa menggunakan modal berkaitan
Islam bagi menjejaskan imej UMNO.
Bagi Nik
Abdul Aziz, ketegasan UMNO dalam memperjuangkan Islam termasuk begitu tegas
dalam mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh
bukan Islam adalah ancaman kepada Pas memandangkan Pas sudah bersetuju bersama
sekutunya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.
Islam alat politik Pas
Selain itu,
umat Islam di negara ini semakin sedar bahawa Islam hanyalah alat politik Pas
dan pendekatan Pas dalam perjuangan Islam hanya digembar-gemburkan apabila
menjelang pilihan raya sahaja.
Semakin
meresahkan Nik Abdul Aziz ialah apabila Pas semakin kehilangan suara dalam
pakatan pembangkang bagi menegakkan perjuangan Islamnya, oleh itu mahu tidak
mahu usaha perlu dilakukan untuk mengalih pandangan umat Islam supaya tidak
menyokong UMNO.
Sebab
itulah, walaupun memahami bahawa apa yang beliau lakukan itu tidak wajar dan
boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, Nik Abdul Aziz terus
kekal dengan sikap merapu beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan
berkaitan Islam melibatkan UMNO.
Dalam soal
ini, kita tidak perlu berasa bimbang atau gundah gulana kerana kita memahami
apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanya semata-mata bermotifkan politik.
Nik Abdul Aziz semakin resah apabila kedudukan beliau sebagai Menteri Besar
Kelantan semakin tergugat berikutan sambutan hangat rakyat negeri itu terhadao
gelombang merah yang dibawa oleh UMNO.
Fatwa bukan-bukan
Gelombang
Merah yang bertujuan menukar kerajaan negeri pimpinan Pas itu dilihat oleh Nik
Abdul Aziz adalah ancaman yang harus dihentikan segera.
Oleh itu
mahu tidak mahu Nik Abdul terpaksa mengeluarkan `fatwa' yang bukan-bukan supaya
imej Islam UMNO terjejas.
Sebagai
seorang yang berpengaruh Nik Abdul Aziz memahami apa juga yang beliau kata akan
diikuti oleh penyokong-penyokong tegar Pas tetapi beliau terlupa dalam pilihan
raya bukan hanya pengikut Pas atau UMNO sahaja yang akan mengundi, malah lebih
penting ialah kelompok penentu iaitu golongan atas pagar.
Golongan
inilah yang akan menilai dan membuat keputusan sama ada apa yang dinyatakan
oleh Nik Abdul Aziz betul atau tidak, oleh itu kepada Nik Abdul Aziz
cukup-cukuplah merendahkan UMNO.
Belajarlah
untuk bermuhasabah supaya jangan sampai oleh kerana semakin banyak kenyataan
yang dikeluarkan, beliau akan dianggap 'nyanyuk' dan ini sudah tentu tidak baik
untuk politik Pas yang begitu kemaruk memburu kuasa sehingga sanggup
menggadaikan segala-galanya! - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment