PETALING
JAYA - Ketika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mendapat maklum balas positif
rakyat kerana berupaya mengurangkan beban hidup mereka, pembangkang sebaliknya
mahu menghapuskan inisiatif itu jika memerintah negara.
Perkara itu
dinyatakan sendiri Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli
yang menjelaskan, berdasarkan anggaran peribadi beliau, pemberian BR1M
melibatkan peruntukan antara RM7.2 bilion hingga RM11 bilion dalam tempoh 2014
hingga 2023 itu memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
Katanya,
peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk menurunkan harga barang, minyak dan
kereta serta menghapuskan tol.
Walau
bagaimanapun, Rafizi dalam masa sama dilihat meyakini keberkesanan insentif
BRIM itu selepas mengakui pembangkang akan meneruskan pemberian bantuan
kewangan secara terus kepada rakyat namun dilakukan dalam bentuk jenama dan
pendekatan berbeza.
Menurut
beliau, pembangkang tidak akan memberikan bantuan itu kepada semua keluarga
berpendapatan di bawah RM3,000 kerana kononnya perlu menyelesaikan masalah
ekonomi mereka, bukannya dengan memberi sejumlah wang tertentu.
"Soalan
kita yang mana lebih baik? Ambil RM7 bilion untuk turunkan harga minyak
sebanyak 40 sen seliter daripada RM1.90 kepada RM1.50 seliter, kosnya hanyalah
RM6.8 bilion," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, di sini
hari ini.
Rafizi
mengulas janji BN menaikkan nilai insentif BR1M sehingga RM1,200 untuk isi
rumah dan RM600 untuk golongan bujang dalam masa lima tahun akan datang seperti
diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu.
Sebanyak
6.1 juta isi rumah dan golongan bujang menerima manfaat daripada BR1M 2.0 yang
diagihkan tahun ini manakala BR1M 1.0 telah diagihkan kepada kira-kira 4.35
juta isi rumah tahun lalu.
Dalam pada
itu, Rafizi dilihat seolah-olah keliru kerana mendakwa BN tidak menyatakan
secara spesifik tempoh masa bagi menurunkan harga kereta dan tol.
Sedangkan
Najib ketika membentangkan manifesto BN itu secara jelas mengumumkan, segala
janji yang terkandung dalam manifesto BN akan dilaksanakan secara berperingkat
dalam tempoh lima tahun.– Utusan Online
No comments:
Post a Comment