KUALA
LUMPUR - Konspirasi menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan ala 'Arab
Spring' didakwa menjadi strategi utama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sejak 1999 ketika beliau dipenjara atas dakwaan rasuah dan liwat.
Bekas
Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad
mendakwa, perkara itu dilakukan secara sulit Anwar ketika beliau dipenjara di
Sungai Buloh melalui surat-surat yang diserahkan menerusi salah seorang
peguamnya ketika itu.
Jelasnya,
antara arahan itu termasuk mengumpul seberapa ramai penyokong PKR untuk
mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan pada 2000 yang dikenali sebagai
'Black 14' sebagai memperingati tarikh Anwar disabitkan kesalahan dan sebagai
tanda protes terhadap tangkapan beliau.
"Ketika
itu, Pemuda PKR seluruh negara diarahkan berkumpul di ibu negara menaiki kereta
api kerana takut dikesan pihak berkuasa.
"Kami
tidak datang dengan tangan kosong, tetapi turut diarah membawa senjata seperti
buluh runcing, 'molotov cocktail' dan besi sebagai persedian bertempur dengan
pasukan keselamatan sekiranya dihalang," katanya.
Tambah
Nordin, atas dasar prinsip dan tanggungjawab kepada negara, beliau mengambil
langkah bertemu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu merupakan Menteri
Dalam Negeri bagi memaklumkan perkara berkenaan.
Katanya,
beliau turut dihubungi Ketua Polis Kuala Lumpur ketika itu, Datuk Kamaruddin
Ali bagi memberi keterangan dan menceritakan satu persatu apa yang akan berlaku
dalam demonstrasi tersebut tanpa pengetahuan pucuk pimpinan parti kerana masih
memegang jawatan dalam parti.
"Selepas
keterangan diambil, polis melakukan persediaan awal menyekat pengikut fanatik
Anwar daripada terus mengadakan demonstrasi yang mungkin boleh mengakibatkan
kemalangan jiwa seterusnya menuduh UMNO bertindak zalim," katanya.
Dalam masa
sama, beliau yakin demonstrasi akan tercetus jika Anwar kalah dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13.– Utusan Online
No comments:
Post a Comment